FUNGSINYA
Kad Antara Muka Rangkaian:
Kad antara muka rangkaian membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain dalam rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel rangkaian.
Penyesuain Rangkaian Tanpa Wayar:
Penyuasaian rangkaian tanpa wayar membolehkan komputer berhubung ke rangkaian tanpa wayar.Peranti ini boleh berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambungkan ke port USB atau PCMCIA.
Modem:-
Modem menukarkan insyarat komputer berbentuk digital ke isyarat berbentuk analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan ke Internet melalui talian telefon.
Penghala:
Penghala berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlaian.Penghala mempercepat penghantaran data ke destinasi melalui pemilihan laluan yang terbaik.
Hab:
Hab berfungsi menyambungkan beberapa komputer dan peranti dalan satu rangkaian kawasan setempat (LAN).Hab mempunyai port rangkaian.
Suis:
Suis mempunyai fungsi yang sama seperti hab.Alat ini hampir menyerupai hab tetapi berupaya menyemak data yang diterima,menentukan alat penerima dan alat penghantar data serta menghantar data tersebut dengan tepat.
Peranti rangkaian komputer terdiri daripada peranti penghantar,peranti komunikasi,media penghantaran dan peranti penerima.
Disini sahaja penerangan saya tenyeng peranti rangkainan komputer dan fungsinya.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tela melihat blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan